Tuhan.Biarkanlah sekuntum mawar harapan mekar dan abadi,merahmati tamanku dengan senyum dan harumnya yang terus membuatkan aku merasa bahagia.Hembuskan angin-Mu bagi menghantar harum mawar kepada sahabat-sahabatku, kaum Muslim yang tersayang agar musim seni cinta kepada-Mu terus muncul dan terjaga,meluruhkan badai dan bencana yang tegak bersama bendera masa.
Sejengkal demi sejengkal kebencian terus melangkah,kesombongan berdiri longlai,tamak mengembara dan bersanding dengan nafsu dan bisikan iblis laknatullah.Manusia tidak mampu mematikan diri sebelum datangnya maut, kerana jiwa masih lagi mabuk oleh simfoni iblis sehingga tidak mampu mendedahkan kisah tentang dia dan aku.
Apabila rindu menjadi penyakit, hanya pertemuan yang menjadi ubatnya.Tetapi ubat apakah yang dapat membawa aku menerokai zaman silam?Kawan-kawan kini hilang membawa arah.Mereka disapu oleh gelombang kemahuan bagi mengubah tanah berlalang yang menjadi asas kembali.Diruang ini fikiran aku terbang bersama angin masa.Melayang-layang pada sepoi bahasa lalu mendarat diatas padang lalang.
Aku dapati diri aku sedang berdiri termangu dihadapan pusara Ewin..
Sunyi.Hanya kedengaran bisikan rumput dan lalang yang berayun-ayun dibelai angin.Aku umpama barisan tentera yang keletihan dan kehausan.Orang datang dan pergi.Pusara itu tetap pada tempatnya.Sunyi dan sepi.Tatkala alunan yaasin dibaca.Sayu dan syahdu sekali.Mutiara jernih mula menitis.
Rindu.
Wahai Tuhanku Aku terbakar rindu kepada-Mu dan Arwah.Moga dia ditempatkan dalam para solihin hendaknya.Al-Fatihah.
biarlah berterusan Al-fatihah yang dikirim. tanda rindu buat dia yang sentiasa diingati. insyaALLAH
ReplyDelete