Sampai bila kita nak ikut telunjuk orang.Aku lelah.Hendak membatah pasti akan ada suara anasir-anasir jahat yang akan datang menghasut.Kenapa harus jadi begini? Hilang hak untuk bersuarakah?Sebetulnya, kau seorang yang pengecut Azizah! Kenapa kau harus takut untuk bersuara menyatakan ketidakpuasan hati kau dengan apa yang terjadi sekarang.Segalanya tidak mampu diundur lagi.Kau dipijak oleh mereka yang mahu maju ke hadapan.Maju untuk diri sendiri.Takkan nak tunggu dikerah baru kau nak bergerak.Dipahat baru nak bergerak.Berjalan.
Kau juga ada maruah yang harus dipertahankan.Kau tak tahu potensi diri kau sendiri.Itu masalah engkau.Aku perasan yang engkau juga bukan yang aku kenal lagi.Seriously.Kau sedang cuba memanipulasikan diri engkau sendiri supaya engkau nampak lemah dimata mereka.Kau kena ingat,sebelum apa-apa yang terjadi kau harus bangkit semula.Aku tahu engkau kuat untuk menghadapi dugaan ini.Bertahan untuk sedikit masa lagi.Lupakan kebebasan yang pernah kau miliki buat seketika.
Semenjak kehilangan dia kau semakin lemah.Kau sedang membunuh jiwa engkau sendiri.Semangat kau makin luntur.Bangun kembali.Lupakan segala kisah masa lalu kau.Kau masih ada masa hadapan.Kau ingat satu ketika dahulu bila ada seorang insan datang ingin menghulurkan salam persahabatan? Kenapa kau biarkan sahaja salam itu tanpa bersambut?Kerana dia tidak setanding arwahkah? Kau kena ingat.Allah ciptakan manusia bersebab.Punya kelebihan dan kekurangan. Masih ada yang setia menanti salamnya bersambut. Accept atau ignore.Itu pilihan kau.
Dengar-dengar prestasi kerja dan pencapaian begitu tidak memuaskan.Apa dah jadi? Kau lupa pada pengorbanan orang tua kau ya.Apa yang dah kau lakukan sepanjang 3 tahun engkau ada disini? Mahu extend satu semester lagikah? Biar 6 semester jadi 7 semester.Kau sanggup nak hadapi satu semester lagi tanpa ada teman disisi? Kau hebat.Kau tak perlukan bantuan dan sokongan daripada sesiapapun sebenarnya.Kau cuma perlukan seseorang untuk meniup kembali sifat positive yang ada dalam diri.
Dear Azizah..
Follow your heart. Never study to be successful.Study for your self-efficiency.Andai ditakdirkan kau harus melalui satu lagi semester untuk clearkan semua paper repeat kau sebelum kau melangkah ke next level its okay.Anggap ini dugaan ini engkau.Serahkan segalanya Pada ilahi kerana dia tahu apa yang terbaik buat kamu.
No comments:
Post a Comment