Monday, 19 December 2011

Kalah bukan satu pilihan.

Sampai bila kita nak ikut telunjuk orang.Aku lelah.Hendak membatah pasti akan ada suara anasir-anasir jahat yang akan datang menghasut.Kenapa harus jadi begini? Hilang hak untuk bersuarakah?Sebetulnya, kau seorang yang pengecut Azizah! Kenapa kau harus takut untuk bersuara menyatakan ketidakpuasan hati kau dengan apa yang terjadi sekarang.Segalanya tidak mampu diundur lagi.Kau dipijak oleh mereka yang mahu maju ke hadapan.Maju untuk diri sendiri.Takkan nak tunggu dikerah baru kau nak bergerak.Dipahat  baru nak bergerak.Berjalan.

Kau juga ada maruah yang harus dipertahankan.Kau tak tahu potensi diri kau sendiri.Itu masalah engkau.Aku perasan yang engkau juga bukan yang aku kenal lagi.Seriously.Kau sedang cuba memanipulasikan diri engkau sendiri supaya engkau nampak lemah dimata mereka.Kau kena ingat,sebelum apa-apa yang terjadi kau harus bangkit semula.Aku tahu engkau kuat untuk menghadapi dugaan ini.Bertahan untuk sedikit masa lagi.Lupakan kebebasan yang pernah kau miliki buat seketika.

Semenjak kehilangan dia kau semakin lemah.Kau sedang membunuh jiwa engkau sendiri.Semangat kau makin luntur.Bangun kembali.Lupakan segala kisah masa lalu kau.Kau masih ada masa hadapan.Kau ingat satu ketika dahulu bila ada seorang insan datang ingin menghulurkan salam persahabatan? Kenapa kau biarkan sahaja salam itu tanpa bersambut?Kerana dia tidak setanding arwahkah? Kau kena ingat.Allah ciptakan manusia bersebab.Punya kelebihan dan kekurangan. Masih ada yang setia menanti salamnya bersambut. Accept atau ignore.Itu pilihan kau.

Dengar-dengar prestasi kerja dan pencapaian begitu tidak memuaskan.Apa dah jadi? Kau lupa pada pengorbanan orang tua kau ya.Apa yang dah kau lakukan sepanjang 3 tahun engkau ada disini? Mahu extend satu semester lagikah? Biar 6 semester jadi 7 semester.Kau sanggup nak hadapi satu semester lagi tanpa ada teman disisi? Kau hebat.Kau tak perlukan bantuan dan sokongan daripada sesiapapun sebenarnya.Kau cuma perlukan seseorang untuk meniup kembali sifat positive yang ada dalam diri.


Dear Azizah..

Follow your heart. Never study to be successful.Study for your  self-efficiency.Andai ditakdirkan kau harus melalui satu lagi semester untuk clearkan semua paper repeat kau sebelum kau melangkah ke next level its okay.Anggap ini dugaan ini engkau.Serahkan segalanya Pada ilahi kerana dia tahu apa yang terbaik buat kamu.

Depress.

Bismillah.

seriously, rasa macam nak terduduk dengan satu demi satu benda yang datang tak sudah sudah. kadang kadang pemikiran, pemahaman & culture yang sangat berbeza boleh buat salah faham. hak sendiri tak dapat kemain dikompang, hak orang lain? susah nak bercakap orang yang tak fikir orang lain. susah nak cakap dengan orang yang nak maju sorang je. macam mana sorang nak lawan seramai sebesar ombak dekat laut?

teringat LangitIlahi ada roger;
jika kamu mahu mengetahui di manakah dirimu di sisi Allah SWT, maka lihatlah di mana kamu letakkan Allah SWT di dalam dirimu. 

Sungguh aku tak boleh nak hadapinya.Perasaan usah dikata berkecemuk.Ini apa yang aku rasa sekarang.

1.Inabilities to handle my preassure. 
2.emotion breakdown.
3.Tak boleh buat apa yang saya suka.No freedom at all.
4.Suka ponteng kelas repeat as masa high school dulu tak pernah ponteng sekolah.

Well.People changes according to the environmentkan? 
terima kasih. back to basic. fuh! harus bangkit jugak! insyaAllah panjang umur esok kena redah jugak! 

Friday, 16 December 2011

Hingga Akhir waktu

Tidak mengapa jika langitku  kelabu pada petang ini.Jika gerimis aku jatuh saat ini.Jika malamku penuh dengan badai.Aku baik-baik sahaja.Aku hanya ingin bersendirian.Hanya ingin menghabiskan masa ini.Hanya ingin lukiskan senyummu dalam sepi.Aku hanya ingin kau disini.Tepiskan segala rasa sepiku.

Tak mengapa jika aku menangis saat ini.Jika rindukanmu amat dalam dan perih.Jika mengharapkanmu ada dan nanti.Dan tak mungkin ada yang lain disisi.Segenap jiwa hanya untukmuAku disini baik-baik sahaja.Aku hanya ingin kamu,kamu,kamu akan mengerti.Apa yang aku rasa dan tak mungkin akan aku ingkari.Bila bersamamu bagiku semuanya sangat bererti.Aku hanya ingin sendiri.Diam.Mengunci bibir aku dengan sendiri.

Ini parade aku.Disini lintasan aku dan tentangmu tak akan pernah mengerti.Ini ruang aku,ini persimpangan aku dan semua tetap tentang kamu tak akan berhenti.Ini hati aku,kepingan kisah masa lalu.Tanpa kamu aku sunyi.Tak mengapa jika air mata aku menitis malam ini. Untuk kamu yang amat aku sayangi.Untuk sebuah rotasi masa lalu.Untuk kita,kau,aku dan kini dan untuk sebuah alasan yang tak akan pernah aku fahami.Buat mereka yang aku sayang, aku sayang kamu since yesterday,today,tomorrow and forever.

Pergh.Jiwang karat babe!

Shortnote: Untuk seseorang No matter what until the end of the time i will always love you forever. =)

Monday, 28 November 2011

Pendam.

Hujan renyai-renyai menandakan alam seakan-akan mengerti bahawa ada sekeping hati turut menangis kesedihan.Seluruh ruang seakan-akan pegun.Atmosfera melankolik dapat dirasakan oleh sesiapa sahaja saat ini.Lagu pendam nyanyian Shahir menjadi latar ketika menulis entri ini.Entah kenapa malam ini lagu itu menjadi pilihan.Sedihnya semacam.Setiap benda yang aku search VC nya pasti akan mengundang air mata.

Jiwa aku sekarang semakin sensitif.Kenapa? Aku pun kurang pasti.Aku lebih gemar simpan daripada spill out everything.Pada aku masalah aku pandai-pandailah aku settle sendiri.Aku sering memudaratkan diri aku hanya kerana sifat aku yang gemar memendam.Semester baru sudah mula minggu lepas.Seronok bila dapat berkumpul kembali dengan coursemate aku.Ada secubit rasa bahagia.Tapi aku tahu itu hanya sementara.Momen-momen ini akan bakal menghilang seiring dengan waktu.

Waktu itu semakin menghampiri.Perjuangan aku disini sudah hampir selesai.Kemudian masing-masing akan membawa haluan sendiri.Persoalan yang sentiasa menganggu minda aku sekarang.Masihkah aku dan mereka akan kekal seperti ini.Aku juga tidak pasti.Jodoh.pertemuan,ajal,maut dan perpisahan itu adalah kerjaNya.Kita hanya perlu terima.

Bertweets bersama salah seorang sahabat yang pernah rapat dengan aku satu ketika dahulu menjadikan aku jadi kurang berkata-kata.Aku dan dia pernah ada konflik.Tapi itu satu ketika itu.Aku cuba untuk melupakannya tapi aku tak mampu.Sengsara sangat kalau nak di ingat kembali.Pendengar setia masalah kini tiada lagi.Aku cuba untuk berhadapan dengan realiti bahawa Ewin telah tiada.Aku hilang punca.

Menangis.

Menangis jika itu buat kau rasa puas.Spill out everything.Itu yang dia selalu kata.Ambil masa baru aku cerita dari A-Z.Dia dengar tanpa memberi sebarang respon.Selesai meluah.Aku dan diam untuk seketika.Mungkin dia masih cuba untuk mencernakan apa yang aku ingin sampaikan.Kemudian pastinya akan ada tazkirah pendek daripada dia.Aku tak boleh deny nasihatnya begitu sahaja.Adakah aku terlalu bergantung padanya?

Aku tahu setiap benda yang ada didunia ini kepunyaan Allah.Kita hanya pinjam.Mungkin ini adalah akibatnya saat pemergiaan arwah aku sebolehnya tak mahu menangis langsung.Aku berjaya lakukannya.By then aku tak boleh terima hakikat yang dia dah pergi.Aku anggap dia hanya bercuti dan offline dari dunia maya.But it is too obvious.Dia kini memang telah pergi menghadapNya.Rutin berjaga lewat malam pun semakin berkurang.

Semenjak pemergiannya rutin hidup aku terus berubah dengan mendadak.Aku lebih rela duduk di rumah dari duduk di hostel.Kalau boleh aku lebih suka solat berjemaah berbanding solat sorang-sorang.Kalau dulu solat sorang-sorang jadi kegemaran.Sekarang tidak lagi.Kalau dulu baca quran pun malas nak tahu meaning tapi sekarang aku akan baca tafsir sekali.Sekarang aku dah start kurang update blog mahupun berfacebook dan bertwitter kerana aku merasakan masih ada benda yang berfaedah untuk aku buat.

Biar waktu menentukan segalanya.Aku redha.


Hilang arah.

Disini aku rasa aku boleh spill everything.

Aku merasakan bahawa aku semakin hilang arahPelbagai perkara yang semakin teruk terjadi kepada aku.Tersangat-sangatlah hilang arah.Aku buntu.

"Disebab aku terlalu memikirkan masalah orang lain aku tak boleh nak solvekan sendiri masalah aku.Aku terlalu memikirkan orang lain bermasalah tetapi aku lagi bermasalah dan rasanya lebih teruk daripada orang lain." sigh.

Semua perkara yang berlaku adalah timbal balik dengan amalan kepada kelakuan,sikap,perbuatan dan segala-galanya buat sang pencipta kita.Aku cuba refleks kembali diri aku.Betapa sombongnya aku pada Dia.Masih terus mencari namun aku semakin hilang arah.Aku cuba untuk muhasabah diri tapi aku tak punya kekuatan.

Aku rasa aku semakin parah dalam meneruskan life battle.Iman aku semakin menurun.Masha Allah.Sempena tahun baru aku berazam untuk merapatkan diri aku kepadaNya.Itu sahaja.Tiada apa lagi yang aku minta selain itu.

Aku cuba untuk menjadi seperti orang lain.Tapi apakan daya.Aku tak mampu.Aku hanyalah seorang insan yang masih mencari erti hidup.Masih adakah lagi sinar untuk diri aku?

Thursday, 17 November 2011

Sepi disisi Jalan.

Pancarannya kian berubah,Tanah tempatku membesar,
Lautan jiwa yang melangkah,kini berubah bentuk.
Kepakkan sayap menghalangi sinarnya
Menjadi sebercak cahaya dan bayangan.
Tepat dijalan ini,jalan dimana hidupku menjadi ribuan benih masa lalu.
Ku kumpulkan pasir kenangan,untuk mengingati kisah silamku
Cerita yang semestinya aku kenal dari kisah hidup yang terukir jelas
Dalam hati kayuku.
 Dibawah cabang-cabang hidup aku
Ada bukti dari seribu asa
Semua kata-kata yang terlontar yang aku dengar jelas daripada relung hati yang maha dalam


Selama akar aku masih mampu untuk mencengkam tanah berbatu
Desiran daun-daun kering ini menjadi  payung jiwa
Dan selama angin ini membelai dahan rentaku
Aku siap perdengarkan kamu
Tepat disini disisi jalan-Jalan kenangan.
Bilakah lagi akan aku mendengar kicauan burung,yang sering menyanyikan lagu alam didahanku
Menghibur diri aku yang kini sepi
Mungkin hari ini akan berlalu
Menjadi cerita hampa yang mungkin akan aku simpan
Hanya untuk sebuah cerita sunyi yang tiada nada.

Wednesday, 16 November 2011

Tanya.

Bolehkah dakwah dan wang berjalan seiring?Berdosakah kita jika semasa kita berdakwah kita diberikan wang sebagai imbuhan?Adakah dakwah kita menjadi tidak ikhlas?Inikah yang dikatakan menjual agama untuk mendapatkan wang?Ubat jiwa yang terbaik adalah solat.Bacaan yang paling agung dan bermanfaat adalah Al-Quran.Senandung yang paling mendamaikan hati adalah zikir.Dan tiada kata secantik bahasa adalah doa.
Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.Ada manusia yang mencintai tuhannya kerana dia miskin.Ada pula yang mencintaiNya setelah dia menjadi kaya.Ada pula yang langsung tidak kisah sama ada miskin atau kaya kerana cintanya kepada tuhan tetap membara dan menyala.


Dimanakah posisi aku dimataMu Tuhan?

Sedih.

Selama ini aku pendam kesedihan aku.Tak pernah ada sesiapa pun yang tahu.Hatta ibu bapa,adik-beradik dan rakan taulan.Bagi aku biarlah segala masalah dan kesedihan itu aku simpan sendiri.Semalam aku bermimpi dipertemukan dengan arwah lagi.Sudah dua malam berturut-turut.Kenapa baru saat ini dia mula muncul?  Jangan ganggu aku lagi Ewin.Aku cuba untuk melupakan kenangan aku dengan kau.Jangan salah tafsir ya.Bukan niat untuk aku melupakan kau tapi aku harus meneruskan kehidupan akukan.Masa untuk aku move on.

Rasanya aku dah boleh adapt dengan keadaan baru.Tiada lagi masa untuk tidur hingga lewat subuh.Update tweeter dan like serta comment status.Aku cuba untuk avoid itu semua.Tinggal 17 hari lagi saudara aku akan bernikah.Ya dia pun kenal kau dan kau juga kenal dia.Dia pun bakal pergi dari aku Ewin.Dia bakal membina empayar rumah tangganya sendiri. Kita pun pernah bercerita tentang hal ini bukan..Aku dan Katrina dah rapat.Nana needs more support then me.Kadang-kadang bila melihat keadaan Nana aku rasa dia lagi sedih dengan pemergian kau.Kadangkala aku menangis belakang dia tanpa dia mengetahui bahawa bukan dia sahaja yang merindui kau.Aku pun kalau boleh tak nak baik sangat dengan Nana sebab aku takut kalau esok lusa aku pergi macam kau siapa yang nak jaga dia?

Nana lain,Ewin.Luar nampak kuat dalamannya rapuh sekali.Aku pun tak tahu nak cakap apa dah setiap kali dia ajak aku keluar pasti dia akan bukak cerita pasal kau.Asal nampak aku dia mesti cerita hal kau,Ewin.Seolah-olah dia tak mahu lari dari bayangan kau.Aku tak tahu dah nak meluah pada siapa.Kalau aku luah kat blog lagi satu pun aku takut ramai yang anggap aku macam Nana.Aku tak mahu walaupun pada hakikatnya aku juga rindu nak lepak dengan kau.Sekarang nak melepak pun pergi ziarah pusara kau.Aku pun tak tahu bila ajal aku sampai Ewin.

Keputusan dah keluar.Dan aku fail satu subjek.21hb ni dah masuk balik kampus.Aku tak tahu macam mana aku nak hadapinya.Malu.Aku takut aku tak boleh habiskan pengajian aku on time.Aku takut.Takut dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.Aku tak sanggup melihat wajah kecewa ibu dan ayah aku bila dapat tahu aku kena extend lagi.Kau tahu semalaman aku menangis tanpa ada tempat mengadu.Solat sunat taubat yang aku buat pun tak khusyuk rasanya.Aku rasa dosa aku terlampau banyak kot.Hubungan aku dengan Dia aku tak jaga.Bila dah kesempitan macam ni barulah sibuk cari Dia.Masha Allah.Teruknya aku.

Macam mana aku nak Faith my own fear kalau aku sendiri tak boleh nak erase walaupun perlahan-perlahan?



Saturday, 22 October 2011

Jangan biarkan surau ini roboh.

Dunia semakin tua, tetapi bengalnya semakin menjadi-jadi.Surau itu menjadi saksi betapa ramai orang semakin kalah,betekuk lutut pada diri sendiri,pada ego yang terbingkai dari tangan iblis.Keserakahan manusia memporak-porandakan barisan alam.Kerasukan menusuk jantung surau saat suara Tuhan yang lirih,kalah oleh syaitan.Lembaran kitab al-Quran robek disana-sini,kemudian diatasnya lipas menari-nari.Betapa sakitnya hati melihat semua ini.Sungguh menyakitkan.

Kepulangan aku ke desa memberikan satu ketenangan.Di desa ini juga surau yang aku gambarkan hampir roboh.Manusia datang dan pergi, dari desa ke kota, dari kota kembali ke desa.Surau itu tetap pada tempatnya.Sunyi dan sepi.Aku masih ingat tatkala aku dan rakan-rakan aku menghabiskan masa disurau itu.Mengeja huruf-huruf al-Quran dan melagukan tasbih rindu kepada-Mu.Aku adalah salah seorang diantara puluhan anak-anak yang memakai baju kurung dan tudung bawal.Diikat tanpa mengenakan pin dan rambut berjuntaian keluar daripada anak tudung.

Kini tiada lagi anak-anak yang saban petang bermain dihalaman surau saat aku semakin dewasa.Hilang sudah riuh-rendah dan gurau senda.Lenyap sudah lantunan kalam-kalam suci.Dalam gelapnya malam, agak sukar untuk aku membezakan kesenyapan surau dan keheningan batu-batu nisan ditanah perkuburan.Betapa indah rindu ini.Dimana alif dalam jiwa aku? Dimana Ba tersembunyi sehingga tidak kelihatan oleh aku? Adakah yang masih tersisa walaupun hanya huruf ya pada akhir waktu? Lupakah kalian terhadap nahu dan saraf yang sering kita senandungkan dahulu?

Masih bersemayamkah dendang zikir munajat dan salawat Syifaa dijiwamu seperti yang selalu menghentak-hentak jiwaku? Masih ingatkah kalian pada sebutir tasbih Ustaz Ali yang terlepas dari tangkainya,menggelinding masuk ke celah papan lantai surau kita.Demi Allah aku tidak merangkaikan kata semata-mata bagi menunjukkan kefasihan aku dalam berkata-kata.Adakah surau yang hampir roboh memerlukan puisi,lagu duka,khutbah ataupun nasihat?

Tidak.

Dahaga rindu hanya akan terubat dengan siraman air pertemuan.Namun masa yang terus beredar tidak mengizinkan kita kembali semula ke zaman silam.Akhirnya yang tinggal hanyalah goresan pena yang tampil sebagai titis-titis air bagi menghilangkan dahaga ini.Sesungguhnya aku tidak tahu kedudukan aku dihadapan Tuhan.

Rindu.

Tuhan.Biarkanlah sekuntum mawar harapan mekar dan abadi,merahmati tamanku dengan senyum dan harumnya yang terus membuatkan aku merasa bahagia.Hembuskan angin-Mu bagi menghantar harum mawar kepada sahabat-sahabatku, kaum Muslim yang tersayang agar musim seni cinta kepada-Mu terus muncul dan terjaga,meluruhkan badai dan bencana yang tegak bersama bendera masa.

Sejengkal demi sejengkal kebencian terus melangkah,kesombongan berdiri longlai,tamak mengembara dan bersanding dengan nafsu dan bisikan iblis laknatullah.Manusia tidak mampu mematikan diri sebelum datangnya maut, kerana jiwa masih lagi mabuk oleh simfoni iblis sehingga tidak mampu mendedahkan kisah tentang dia dan aku.

Apabila rindu menjadi penyakit, hanya pertemuan yang menjadi ubatnya.Tetapi ubat apakah yang dapat membawa aku menerokai zaman silam?Kawan-kawan kini hilang membawa arah.Mereka disapu oleh gelombang kemahuan bagi mengubah tanah berlalang yang menjadi asas kembali.Diruang ini fikiran aku terbang bersama angin masa.Melayang-layang pada sepoi  bahasa lalu mendarat diatas padang lalang.

Aku dapati diri aku sedang berdiri termangu dihadapan pusara Ewin..

Sunyi.Hanya kedengaran bisikan rumput dan lalang yang berayun-ayun dibelai angin.Aku umpama barisan tentera yang keletihan dan kehausan.Orang datang dan pergi.Pusara itu tetap pada tempatnya.Sunyi dan sepi.Tatkala alunan yaasin dibaca.Sayu dan syahdu sekali.Mutiara jernih mula menitis.

Rindu.

Wahai Tuhanku Aku terbakar rindu kepada-Mu dan Arwah.Moga dia ditempatkan dalam para solihin hendaknya.Al-Fatihah.