Monday, 28 November 2011

Hilang arah.

Disini aku rasa aku boleh spill everything.

Aku merasakan bahawa aku semakin hilang arahPelbagai perkara yang semakin teruk terjadi kepada aku.Tersangat-sangatlah hilang arah.Aku buntu.

"Disebab aku terlalu memikirkan masalah orang lain aku tak boleh nak solvekan sendiri masalah aku.Aku terlalu memikirkan orang lain bermasalah tetapi aku lagi bermasalah dan rasanya lebih teruk daripada orang lain." sigh.

Semua perkara yang berlaku adalah timbal balik dengan amalan kepada kelakuan,sikap,perbuatan dan segala-galanya buat sang pencipta kita.Aku cuba refleks kembali diri aku.Betapa sombongnya aku pada Dia.Masih terus mencari namun aku semakin hilang arah.Aku cuba untuk muhasabah diri tapi aku tak punya kekuatan.

Aku rasa aku semakin parah dalam meneruskan life battle.Iman aku semakin menurun.Masha Allah.Sempena tahun baru aku berazam untuk merapatkan diri aku kepadaNya.Itu sahaja.Tiada apa lagi yang aku minta selain itu.

Aku cuba untuk menjadi seperti orang lain.Tapi apakan daya.Aku tak mampu.Aku hanyalah seorang insan yang masih mencari erti hidup.Masih adakah lagi sinar untuk diri aku?

2 comments:

  1. aku rasa hang antara orang yg aku kenai yang menegakkan prinsip jadi diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. terima kasih nub.Kau jangan hairan if blog ini terlampau melankolik gila.Split personaliti kot.haha

    ReplyDelete